SMIHJB| Idad Murabbi PRS 2021

Alhamdulillah, pada hari Khamis 28/1/21 yang lalu satu program latihan bagi PRS SMIH 2021 telah diadakan. Program ini telah diadakan secara maya dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Seramai 92 orang PRS dari Tingkatan 3 hingga 5 dan Guru-guru Murabbi PRS telah berprogram bersama selama 3 jam secara maya.

Program ini berupa taklimat dan pengisian berkaitan :

  1. Ahamiyyah Tarbiah oleh Ustaz Muhammad Ubadah
  2. Murabbi Cemerlang .. Tarbiah Bil Ahdaf oleh Ustaz Ahmad Taufiq
  3. Pengendalian dan Pengurusan Usrah oleh Ustazah Maryam Rufaidah.

Program ini telah diakhiri dengan pengumuman dan memperkenalkan ahli ahli Majlis Tertinggi PRS 2021 ( MT PRS ) .

Diharapkan semua Murabbi Murabbiah PRS SMIH telah mendapat suntikan motivasi dan terus bersemangat untuk mentarbiah dan membimbing adik adik serta rakan-rakan ke arah kebaikan.

Moga kecemerlangan sahsiah dan tarbiah murid dapat dicapai dengan cemerlang seterusnya menjadi qudwah terbaik untuk ummah in syaa allah.

Ameen.

Ahmad Taufiq Jaafar.
Pengurus Tarbiah Murid SMIH.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda