SMIHJB: Program Orientasi Tingkatan 4 Batch (CHROMIUM)

Khamis,21 Januari 2021| Alhamdulillah selesai sudah program “Orientasi Murid Tingkatan 4 SMIHJB Batch CHROMIUM” bagi tahun ini di medium “STREAMYARD & GOOGLEMEET”.
Program bermula pada pukul 9.00 pagi dengan taklimat yang di sampaikan oleh Ustazah Seri Juli Emas Wati Binti Adnan (Pengetua), Ustazah Mashida Binti Sakrani (Penolong Kanan Akademik) dan Ustaz Ezaiden binti Norman (Penolong Kanan Kokurikulum), Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Aktiviti diteruskan pada pukul 11.00 pagi dengan penyampaian taklimat HEM dan Tarbiah yang disampaikan oleh Ustazah Hamizah Binti Othman (Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar) dan Ustaz Ahmad Taufiq Bin Jaafar (Pegawai Pengurus Tarbiah), Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Akhir sekali, jam 2.00 petang aktiviti di teruskan dengan program bersama Batch Chromium di mana terdapat beberapa agenda penting yang di selitkan. Antara agenda yang di lakukan semasa program ini ialah taklimat kaunseling ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Adam Luthfie Bin Abdul Razak (Kaunselor), ucapan guru batch iaitu Ustaz Musab dan Ustazah Fazurin, ucapan Majlis Tertinggi Batch Chromium 2020 dan sesi pengenalan pelajar baru tingkatan 2021.





Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda