PPH : Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK
PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH BERHAD
(525008 P)

  1. KAKITANGAN SENGGARAAN BANGUNAN (1 kekosongan)

SYARAT & KELAYAKAN

  1. Terbuka kepada lelaki sahaja.
  2. Kelulusan minimum Diploma dalam Senggara Bangunan (Building Maintenance).
  3. Mempunyai pengalaman dalam Penyelenggaraan Bangunan.
  4. Mempunyai sijil dan pengalaman dalam Pendawaian Elektrik adalah kelebihan.
  5. Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
  6. Berperibadi muslim dan bersedia untuk mengikuti sistem tarbiah sekolah.
  7. Tidak merokok/vape.
  8. Warganegara Malaysia/ Penduduk Tetap.

BIDANG TUGAS

  1. Penyelenggaraan Bangunan (Fizikal & Perpaipan).
  2. Penyelenggaraan Alatan, Mesin dan Kenderaan.
  3. Penyelenggaraan Sistem PA.
  4. Kewangan dan Penyimpanan Stok.
  5. Pentadbiran.

Secara ringkas
Merancang dan mengkoordinasikan sepenuhnya urusan yang berkaitan penyelenggaraan bangunan termasuk elektrik, paip, pembinaan, system PA dan mekanikal yang meliputi kenderaan, mesin dan pendingin hawa bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan selamat

FAEDAH & KELEBIHAN
Elaun Tambahan,elaun perubatan, saguhati 2 kali setahun, kenaikan gaji tahunan,elaun perumahan, potongan yuran (untuk anak yang bersekolah di Hidayah) dan lain-lain yang tertakluk di dalam Skim Perkhidmatan PPH.

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui e-mel dengan menghantar CV kepada pihak kami melalui e-mel ke [email protected]

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui talian 07-5951208

 

   2. PENGASUH NURSERI (1 kekosongan)

SYARAT & KELAYAKAN

  1. Terbuka kepada perempuan sahaja.
  2. Kelulusan minimum SPM.
  3. Berperibadi muslimah dan bersedia untuk mengikuti sistem tarbiah sekolah.
  4. Warganegara Malaysia/ Penduduk Tetap.
  5. Penyayang kepada kanak-kanak.
  6. Mampu menjaga bayi berumur 2 bulan hingga urid berumur 13 tahun.
  7. Boleh bekerja mengikut giliran anjal yang di tentukan dari semasa ke semasa.
  8. Dapat bekerja sebagai satu pasukan.
  9. Bersedia ditempatkan di mana-mana bahagian dibawah Pengurusan Nurseri (Nurseri/Bilik Anak Guru/Transit Rahmah).

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui e-mel dengan menghantar CV kepada pihak kami melalui e-mel ke [email protected]

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui talian 07-5951208.

(Nota: Sila bawa Sijil asal berkaitan semasa sesi temuduga)

 

   3. PENGAWAL KESELAMATAN (KONTRAK)(1 kekosongan)

 

SYARAT & KELAYAKAN

  1. Lelaki (berumur 20-55 tahun).
  2. Boleh menulis dan membaca.
  3. Tiada rekod jenayah.
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
  6. Berperibadi muslim dan bersedia untuk mengikuti sistem tarbiah sekolah.
  7. Tidak merokok/vape.
  8. Warganegara Malaysia/ Penduduk Tetap.
  9. Berpengalaman dalam Kawalan Keselamatan / Bekas Tentera / Polis Bantuan / RELA / Wataniah / JPAM / SPDRM.

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui e-mel dengan menghantar CV kepada pihak kami melalui e-mel ke [email protected] atau boleh terus hantar permohonan ke alamat berikut:

            Pusat Pendidikan Hidayah Bhd
            Kg.Sinaran Baru,KM 26 Jalan Kempas Lama
            81300 Skudai, Johor

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui talian 07-5951208.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda