SMIHJB: Nadwah Kepimpinan (Siri Akhir) Tingkatan 4 Online Batch Altair 23

Rabu, 16 Disember 2020| Alhamdulillah, Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Nadwah Kepimpinan Akhir  tingkatan 4 pada hari Rabu 16 DISEMBER 2020 mulai pukul 9.00- 10.30pagi secara maya.

   Program ini telah disertai oleh 67 orang murid Tingkatan 4, PK PSM, Pegawai Pembangunan Insan, guru penyelaras dan beberapa murabbi pelajar yang dapat turut sama.

Program : NADWAH KEPIMPINAN (SIRI AKHIR) Tingkatan 4
Tarikh : Rabu 16 DISEMBER 2020
Masa : 9.00 hingga 10.30PAGI
Platform: Googlemeet
Peserta : 67 orang

   Program diisi dengan penyampaian tajuk “KISAH BENAR KEPIMPINAN NABI” oleh muwajih ‘ASIM BIN MOHD HATTA.

   Daurah diselitkan dengan sesi soal jawab, di akhiri dengan resolusi dan penutup program.Semoga peserta beroleh ilmu yang bermanfaat dan dijelmakan dengan amal yang mantap in syaa allah. Ameen.

   Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program nadwah online ini terutama kepada Pengetua, Penolong Kanan, Pegawai Pembangunan Insan, Penyelaras Tingkatan 4, Murabbi Pelajar Tingkatan 4,Unit Pembangunan Sahsiah Murid, ibu bapa, MT Batch Altair23 dan semua murid Tingkatan 4 yang dikasihi Allah sekalian.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda