SMIHJB: “Retreat Tarbiah 2020”

Ahad, 13 Disember 2020| Alhamdulillah, seramai 20 orang Guru Unit Tarbiah Murid SMIH telah berpeluang mengadakan Program Retreat 2020.
Program tersebut telah diadakan pada 13 Disember 2020 mulai pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang secara bersemuka.

“ Retreat” ini telah dimulakan dengan Pembentangan Laporan bagi setiap tingkatan oleh Ketua Penyelaras masing masing.
Sesi diteruskan dengan Post Mortem aktiviti sepanjang tahun 2020. Program telah diakhiri dengan perbincangan dan perancangan bagi tahun 2021.

Semoga Unit Pembangunan Insan SMIH berupaya meningkatkan kecemerlangan sahsiah dan tarbiah murid serta mampu menjadikan mereka sebagai qudwah terbaik untuk ummah in syaa allah.

Ameen.

Ahmad Taufiq Jaafar.
Pengurus Tarbiah Murid SMIH.

#berilmuberamalmemimpin

#tarbiah #jommasuksyurga

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda