Assalamualaikum wbth.
Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah Syuhada bt Zulkifli dari Tahun 5 ABS kerana telah berjaya meraih tempat kelima dalam Pertandingan Bercerita Sains Flora dan Fauna anjuran pihak Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
![](https://hidayahpph.ga/wp-content/uploads/2020/12/image-768x1024.png)
Untuk makluman, pertandingan ini telah diadakan pada bulan Julai yang lalu secara dalam talian dengan jumlah penyertaan sebanyak 63 penyertaan.
Dengan pencapaian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada anak-anak yang lain untuk melakar kejayaan pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Nor Khairani binti Abdullah
S/U Panitia Bahasa Melayu