SMIHJB: Idad Duat (Siri 4) “Dakwah Fardiyah” Batch Zenith22

Jumaat, 20 November 2020| Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah.

   Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Idad Duat (Siri 4) pada hari Jumaat, 20 November bermula pada pukul 9.00 hingga 10.30 pagi secara atas talian menggunakan medium google meet.

Program : Idad Duat (Siri 4) Tingkatan 5
Tarikh : 20 November 2020 (Jumaat)
Masa : 9.00 hingga 10.30 pagi
Medium : Google Meet
Peserta : 53/65 orang(24 Banin, 29 Banat).
Guru : 7 orang

   Program ini telah disertai oleh 54 orang murid daripada Tingkatan 5. Seramai 10 orang murid tidak dapat hadir atas sebab yang munasabah. Penyampaian yang bertajuk “Dakwah Fardiyah” pada sesi ke 4 program Idad Duat ini disampaikan oleh Dr Amir Putra Bin Mat Saad.

   Dr Amir Putra Bin Mat Saad berpengalaman dalam dakwah bermula dari zaman university. Beliau berkelulusan phd dalam bidang kejuruteraan dan sekarang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga pernah memegang jawatan Presiden Ikram Siswa UTM.

   Semoga para murid beroleh ilmu yang bermanfaat dan kefahaman yang jelas akan kepentingan dakwah fardiyah serta dijelmakan dengan amal yang mantap. In syaa Allah. Ameen.

   Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program idad duat siri 4 terutama kepada penceramah Dr Amir Putra, Puan Pengetua, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Murid, Guru Penyelaras Tingkatan 5, para ibu bapa, dan semua peserta Idad Duat Tingkatan 5 yang dikasihi Allah sekalian.

Ustazah Nurul Liyana Binti Baharuddin
B/p : Penyelaras Tarbiah Tingkatan5

#Zenith22 #SmihMemimpin #berilmuberamalmemimpin

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda