SMIHJB: Laporan Bengkel Kecemerlangan Sejarah SPM 2020

Rabu, 14 Oktober 2020| Pada 14 Oktober 2020 yang lalu, panitia Sek Men Islam Hidayah telah menjemput dua orang guru cemerlang untuk berkongsi ilmu iaitu CIkgu Siva Sankar dan Cikgu Nazrina. Program bermula jam 1.30 petang dan tamat pada jam 4.00 petang. Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Cemerlang dan Kumpulan Gemilang.
Kumpulan Cemerlang berada di Dewan Qadisiyah bersama dengan Cikgu Nazrina memfokuskan pelajar teknik menjawab yang betul manakala Kumpulan Gemilang di Dewan Khandak pula menekankan konsep pengayaan bagi mata pelajaran ini. Pembahagian ini juga menjadikan guru dan pelajar lebih fokus dalam kumpulan yang lebih kecil.
Bengkel ini telah berjalan dengan lancer seperti yang dirancang. Semoga ianya memberi manfaat yang besar kepada semua pelajar khasnya dalam menjawab soalan Sejarah SPM nanti.

Laporan Oleh: Ustazah Ezafahrina binti Ezuddin

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda