SMIHJB: Idad Duat (Siri 2) “Qaedah Sulbah” Batch Zenith22

Jumaat, 18 September 2020 | Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Idad Duat (Siri 2) pada hari Jumaat 18 September dengan menggunakan platform Google Meet bermula pada pukul 9.00 hingga 11.30 pagi secara online di kediaman masing-masing.

Program : Idad Duat (Siri 2) Tingkatan 5
Tarikh : 18 September 2020 (Jumaat)
Masa : 9.00 hingga 11.30 pagi
Platform : Google Meet / Online
Peserta : 55/63 orang (26 Banin, 29 Banat).
Guru : 5 orang

Program ini telah disertai oleh 60 orang murid daripada Tingkatan 5. Seramai 3 orang murid tidak dapat hadir atas sebab yang munasabah. Penyampaiam yang bertajuk “Qaedah Sulbah” pada sesi ke 2 program Idad Duat ini disampaikan oleh Saudara Muhammad Haqqul Yakin Bin Hj. Mohd Jelani. Beliau merupakan alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah dan juga merupakan anak kepada ketua eksekutif Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru.

Semoga para murid beroleh ilmu yang bermanfaat dan kefahaman yang jelas akan kepentingan qaedah sulbah serta dijelmakan dengan amal yang mantap. In syaa Allah. Ameen.

Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program idad duat siri 2 terutama kepada penceramah Saudara Muhammad Haqqul Yakin, Puan Pengetua, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Murid, Guru Penyelaras Tingkatan 5, para ibu bapa, dan semua murid peserta Idad Duat Tingkatan 5 yang dikasihi Allah sekalian.

Ustazah Nurul Liyana Binti Baharuddin
B/p : Penyelaras Tarbiah Tingkatan5

#Zenith22 #SmihMemimpin #berilmuberamalmemimpin

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda