SMIHJB: Program Motivasi Keluarga Penyayang Tingkatan 2

SMIHJB|Motivasi Keluarga Penyayang Tingkatan 2

Bagi memastikan semangat pelajar untuk ke sekolah ditingkatkan, satu initiatif iaitu Program Keluarga penyayang yang diselitkan dengan slot motivasi dilakukan. Pada hari ini, program di jalankan dengan pelajar tingkatan 2. Terdapat 14 kumpulan dan setiap kumpulan ini mempunyai guru mentor masing masing.

Program : Motivasi Keluarga Penyayang Tingkatan 2

Tarikh : 1 September 2020 (Selasa)

Masa : 2.00 pm – 3.00 pm

Platform: Google meet/ Online@alar

Tajuk utama yang dibincangkan ialah “Matlamat Hidup”. Dalam slot motivasi yang belangsung dalam tempoh satu jam ini, dua bentuk program dijalankan bersama pelajar. 40 minit pertama, kaunselor bersama pelajar bersama – sama menyiapkan hand-out yang disediakan oleh kaunselor secara maya. Guru mentor akan menantau pelajar menyiapkan hand out yang diberikan arahan melalui Google Meet. Topik perbincangan merangkumi:-

1) matlamat hidup sebagai muslim,

2) Cita – cita/kerjaya,

3) Matlamat Dalam Akademik dan

4) Muwasafat Tarbiah.

Seterusnya, 20 minit selebihnya pelajar berbincang dengan mentor masing – masing secara terperinci mengenai topik ini supaya sentuhan antara guru mentor dan pelajar berlangsung.

Hasil daripada program ini, pelajar dapat diingatkan semula kepentingan matlamat dalam hidup. Matlamat hidup ialah asas dalam mana – mana program motivasi. Ini kerana pelajar yang sentiasa bersemangat untuk terus fokus dalam pelajaran mahupon pembinaan sahsiah ialah mereka yang tahu hala tuju mereka. Manakala pelajar yang tiada matlamat hidup sering kali alpa dan bermain – main dalam mencapai sesuatu perkara.

Adam Luthfie Abdul Razak

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda