SRIHJB: PROGRAM MOTIVASI KHALID AL-WALID

Pada hari Rabu 26/8/2020, telah berlangsung program Motivasi Khalid Al-Walid seperti yang telah ditakwimkan. Program ini bertujuan untuk menaikkan semangat dan minat murid untuk belajar serta meningkatkan kemahiran dalam teknik-teknik belajar.

Seramai 16/19 orang murid Tahun 4 dan 25/26 murid Tahun 5 telah terlibat dalam program ini. Kesemua murid ini telah dipilih berdasarkan kepada keputusan peperiksaan Semester 2 2019. Program ini diasingkan bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5. Tahun 4 bermula dari jam 8.30 pagi – 10.15 pagi manakala Tahun 5 dari jam 11.30 pagi-1.00 tengahari. Program dijalankan di Pusat Sumber Al Ghazali.

Isi dan penyampaian program telah di sampaikan oleh Ustaz Adam Luthfie bin Abdul Razak, Kaunselor SMIH. Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti Ice Breaking dan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan. Murid-murid juga diminta untuk mengisi target yang ingin dicapai dalam setiap subjek yang dipelajari. Selain bertumpu kepada akademik, murid-murid juga difokuskan kepada Muwasafat Tarbiyah.

Semoga program ini dapat memberikan semangat serta motivasi kepada murid-murid dalam menghadapi Penilaian Gantian Semester 1 2020 yang akan dijalankan pada minggu hadapan, serta Penilaian dan Ujian yang seterusnya.

Disediakan oleh,

Om Wasiilah Binti Osman

Guru Kaunseling SRIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda