SMIHJB : “Sejarah Islam Di Nusantara Oleh Prof. Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor” Tajuk Daurah Katibah Dan Idad Duat (Siri 1) Batch Zenith22

SMIHJB| “Sejarah Islam Di Nusantara Oleh Prof. Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor” Tajuk Daurah Katibah Dan Idad Duat (Siri 1) Batch Zenith22

Program : Daurah Katibah & Idad Duat (Siri 1) Tingkatan 5
Tarikh : 7 Ogos 2020
Masa : 9.00 pg hingga 12.00 tghari
Platform : Googlemeet / Online@nusantara
Peserta : 131/157( 84%)
Guru : 9 orang

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Daurah Katibah dan Idad Duat (Siri 1) Tingkatan 5 pada hari Jumaat 7 Ogos mulai pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari secara maya dengan jayanya.

Program ini telah disertai oleh 131 orang murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam Hidayah serta 9 orang murabbi termasuk pengetua.

Agenda
8.50-9.00: Panggilan masuk peserta dan ucapan aluan dari pengecara majlis
9.00-11.00: Pengisian oleh Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
11.00-11.15: Sesi soaljawab
11.15-12.00:Bengkel dan penutup daurah

Penceramah khas daurah kali ini merupakan Pengerusi Humanitarian Care Malaysia, Aqsa Syarif Bhd dan IKRAM 4 Syria. Berkelulusan PhD Zoology dari University of Aberdeen, Scotland. Beliau telah menerbitkan banyak buku antaranya Jejak Risalah di Nusantara serta seorang penulis entri Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (DBP) – 1995. Beliau juga pernah ditemuramah dan rencana mengenai Palestin dan isu isu antarabangsa di kaca televisyen, akhbar dan majalah seperti Radio IKIM , TV3 (Buletin Utama, MHI), Astro Awani (Agenda, Sudut Pandang, Analisis), TV Al-Hijrah (BICARA) dan banyak lagi.

Selepas tamat pengisian, sesi soal jawab antara murid dan penceramah berjalan dengan baik. Antara isi penting yang disampaikan adalah murid perlu menanam dalam diri supaya menjadi salah satu batu bata kegemilangan Islam walaupun pada akhirnya janji Allah tentang kemenangan Islam pasti akan berlaku. Selain itu, penceramah juga menekankan dan menasihati para murid agar meluaskan pembacaan ilmiah dari sumber yang betul bukan setakat penbacaan di media sosial semata-mata.

Sebelum menutup program daurah, sesi bengkel dibahagikan mengikut katibah dan peserta idad duat. Bengkel ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan ilmu dan tindakan yang perlu dilaksanakan selepas memperoleh ilmu berkaitan perkembangan Islam di Nusantara.

Semoga para murid beroleh ilmu yang bermanfaat dan dijelmakan dengan amal yang mantap in syaa allah. Ameen.

Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program daurah katibah dan idad duat online terutama kepada penceramah Prof. Madya Dr Hj Hafidzi, Puan Pengetua, Para Penyelaras Tingkatan 5, Unit Tarbiah Murid, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, ibu bapa, MT Batch Zenith22 dan semua murid Tingkatan 5 yang dikasihi Allah sekalian.

#jomkesyurga
#menujubatchrahmah
#zenith22

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda