SMIHJB: “Jenayah Siber” Program Motivasi Bersiri Tingkatan 3 Anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMIH

SMIHJB|Alhamdulillah, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMIH telah menganjurkan Program Motivasi pada hari Rabu 5 Ogos 2020 yang lalu. Program ini bermula pada pukul 2.00 hingga 3.00 petang secara serentak di semua kelas- kelas Tingkatan 3.

Program ini telah disertai oleh 124 orang murid Tingkatan 3 Sekolah Menengah Islam Hidayah serta 11 orang guru pengendali.

Program : Motivasi Bersiri Tingkatan 3
Tarikh : 5 Ogos 2020
Masa : 2.00 hingga – 3.00 petang
Platform: Googlemeet/ Online@alar
Peserta : 124/145 (85%)

Tajuk penyampaian pada hari tersebut ialah mengenai Jenayah Siber. Matlamat utama penyampaian ialah memberikan kesedaran para pelajar mengenai bahaya jenayah saiber yang boleh berlaku di persekitaran pelajar. Ini kerana remaja zaman kini giat aktif dalam dunia media sosial dan internet sehinggakan garis panduan yang betul perlu diberikan kepada para pelajar.

Program diakhiri dengan sesi mensanitasi meja masing masing sebelum pulang.

Semoga semua Murid Tingkatan 3 beroleh hikmah yang tinggi dan dapat meningkatkan fokus semasa sesi pembelajaran . insyaa allah.

Aamiin.

Adam Luthfie Abdul Razak
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda