PPH : Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG PENYELIA
PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH BERHAD

 

1. PENYELIA SENGGARA

Status Jawatan : TETAP
Tarikh Tutup : 15 NOVEMBER 2020
Anggaran Gaji : RM 2,000.00 – RM 2,500.00

SYARAT & KELAYAKAN
1. Terbuka kepada lelaki sahaja.
2. Kelulusan Ijazah/Diploma dalam Bangunan/ Kejuruteraan Elektrikal/ Kejuteraan/Mekanikal.
3. Mempunyai pengalaman dalam Penyelenggaraan Bangunan.
4. Mempunyai sijil dan pengalaman dalam Pendawaian Elektrik adalah kelebihan.
5. Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran
interpersonal yang baik.
6. Berperibadi muslim dan bersedia untuk mengikuti sistem tarbiah sekolah.
7. Tidak merokok/vape/rokok elektronik.
8. Warganegara Malaysia/ Penduduk Tetap.

BIDANG TUGAS
1. Penyelenggaraan Elektrik
2. Penyelenggaraan Bangunan (Fizikal & Perpaipan)
3. Penyelenggaraan Alatan, Mesin dan Kenderaan
4. Penyelenggaraan Sistem PA
5. Kewangan dan Penyimpanan Stok
6. Pentadbiran

Ringkasan:
Merancang dan mengkoordinasikan sepenuhnya urusan yang berkaitan
penyelenggaraan bangunan termasuk elektrik, paip, pembinaan, system PA dan mekanikal yang meliputi kenderaan, mesin dan pendingin hawa bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

FAEDAH & KELEBIHAN
Elaun Tambahan,elaun perubatan, saguhati 2 kali setahun, kenaikan gaji tahunan,elaun perumahan, potongan yuran (untuk anak yang bersekolah di Hidayah) dan lain-lain yang tertakluk di dalam Skim Perkhidmatan PPH.

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui e-mel dengan menghantar CV kepada pihak kami dengan tajuk “Permohonan Jawatan Penyelia Senggara Pusat Pendidikan Hidayah Berhad” melalui e-mel ke [email protected]
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui talian 07-5951208.

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda