SMIHJB: Mabit Dan Daurah Tingkatan 3 Berlangsung Secara “Online”

SMIHJB| Pada hujung minggu yang lalu, pada  tarikh 16 & 17 Julai 2020 telah diadakan Mabit dan Daurah Tingkatan 3 secara online bagi semua murid Tingkatan 3.

Program Mabit secara online ini telah menggunakan medium WhatsApp dan Telegram di mana murid perlu menonton video-video terpilih dan mengakhiri pengisian dengan menghafal hadis yang diberi serta bacaan surah Al-mulk. Murid-murid telah bangun qiamullail di rumah masing-masing.

Program daurah yang bertajuk Syahadatain pula telah berjalan lancar dengan menggunakan medium Google Meet. Kehadiran murid ke daurah adalah seramai 105 orang murid merangkumi murid harian dan asrama. Daurah ini telah dijalankan secara berasingan antara murid lelaki dan perempuan. Muwajih jemputan perempuan adalah Ukhti Hasna’ Izzati Faizul Amri manakala muwajih lelaki ialah Ustaz Abdullah Mus’ab Aizaini.

Alhamdulillah akhir program ini murid-murid telah memberi respon yang baik dan harapan kami semoga murid-murid terus bersemangat untuk memperbaiki diri menjadi mukmin yang lebih baik inshaAllah.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda