SRIHJB:Persekolahan Tahun 5 dan 6

♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️

Assalamualaikum wbth.
Ibu bapa murid SRIH JB yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah dan tahniah kepada anak-anak yang hadir ke sekolah dengan berusaha sebaik mungkin dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Pelajar sedang mkan di kelas MENGIKUT S. O. P

Bagi melancarkan lagi urusan hari seterusnya:

  1. Murid-murid Tahun 5 dan 6 telah dibekalkan QR code masing-masing untuk rekod kehadiran dan suhu.

Diharapkan kerjasama daripada ibu bapa bagi memastikan QR code dijaga dengan baik dan DIBAWA KE SEKOLAH setiap hari.

  1. Bagi anak-anak yang menaiki kenderaan ibu bapa dibenarkan balik pada jam 1.05 tengah hari sehingga jam 2.00 petang tanpa perlu solat di sekolah.
  2. Jika ibu bapa belum tiba pada jam 2.00 petang, maka anak-anak akan diminta menunaikan solat Zohor terlebih dahulu. Ibu bapa perlu menunggu sehingga anak-anak selesai solat.
  1. Sebarang permasalahan tentang tempahan makanan diminta berurusan terus dengan pihak SIH Niaga di no telefon 0197697809.
  2. Murid-murid yang menaiki bas yang tiba awal tidak akan mengerjakan solat Zohor di sekolah. Mereka akan solat di rumah masing-masing.
  3. Murid yang menaiki bas serentak dengan SMIH akan solat Zohor di sekolah.
  4. Pihak sekolah SANGAT mengharapkan agar ramai anak-anak yang dapat pulang awal bagi mengurangkan kesukaran di pihak sekolah menguruskan wuduk & solat dengan normal baharu penjarakan sosial 1 meter.

Perhatian dan sokongan daripada semua ibu bapa diucapkan jazakumullah khairan kathira.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Pengurusan SRIHJB
15 Julai 2020

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda