SMIHJB: Taklimat PKPIM Bersama Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Secara Maya

SMIHJB| Alhamdulillah,Unit PKPIM SMIH telah menganjurkan Program Taklimat PKPIM bersama Ibu Bapa Murid Baru pada 11 Julai mulai jam 10.00 hingga 11.00 pagi secara maya .

Program ini telah disertai oleh 75 orang Ibu Bapa Baru dan Guru Sekolah Menengah Islam Hidayah .

Program : Taklimat PKPIM bersama Ibu Bapa .
Tarikh : 11 Julai 2020
Masa : 10.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : Secara maya @ Google Meet
Peserta : 72 orang

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang Penilaian Konstruk Pentaksiran Ikram Musleh secara lebih terperinci kerana sebahagian konstruk yang terdapat di dalam buku ini perlu diisi oleh ibu bapa.

Majlis telah dipengerusikan oleh Penyelaras unit PKPIM Ustazah Ezzatul Fatieyah Borhan.
Seterusnya diikuti dengan ucapan aluan daripada Penolong Kanan PSM dan penyampaian oleh Guru Mentor berpengalaman Ustazah Norhawanis bt Samion .Alhamdulillah program ini mendapat kerjasama yang baik daripada para ibu bapa yang turut serta dalam taklimat ini meskipun berada di rumah masing-masing.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab. Majlis ditutup dengan bacaan doa dan tasbih kafarah pada pukul 11.15 pagi .

Semoga semua Ibu Bapa baru yang hadir telah beroleh ilmu yang mantap serta penerangan yg bermanfaat.

In shaa Allah.
Sekian .Terima Kasih.

Ezzatul Fatieyah Borhan
Penyelaras Unit PKPIM
Sek Men Islam Hidayah

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda