SRIHJB:MAJLIS PENYERAHAN KIT NORMAL BAHARU GURU SRIH JB

Selamat kembali bertugas kepada semua guru SRIH JB bermula hari ini, Ahad 28 Jun 2020.

Sehubungan itu, satu majlis telah diadakan untuk penyerahan Kit Normal Baharu Guru SRIH di Bilik Guru SRIH JB. Kit ini mengandungi pensanitasi tangan, tisu basah, sudu dan garpu, pen, dan sejadah merupakan tajaan dari Tabung Kebajikan Guru Srih. Penyerahan disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Ustazah Rohaida Ridzwan sebagai tanda komitmen pihak sekolah terhadap pematuhan SOP dalam memerangi Covid 19.

Selain itu, setiap guru juga dibekalkan dengan data internet sebanyak RM30 seorang bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian.

Guru-guru akan bertugas di sekolah selama 3 hari dalam seminggu manakala 2 hari lagi bertugas dari rumah sehingga pengumuman sekolah dibuka nanti.

Semoga guru-guru SRIH terus diberi kekuatan dalam mengharungi tugas sepanjang fasa Pendamik Covid-19.

Dilaporkan oleh,
Wan Rudzina Wan Mansor,
Pengurus Tarbiah Guru & Staf.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda