SMIHJB|24 Jun 2020 (Rabu) – Seramai 150 murid tingkatan 5 Sek Men Islam Hidayah (SMIH) telah memulakan sesi persekolahan pada hari ini selepas 3 bulan tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP.
Turut hadir sama pada hari ini, Encik Hadi Kamaldin selaku Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru dan Inspektor Shahfizal b Salim (Pegawai Perhubungan Sekolah) dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Skudai yang turun padang bagi memantau perjalanan sesi persekolah SMIH pada hari pertama.Secara keseluruhan SMIH akur dengan SOP yang telah ditetapkan oleh KPM
Alhamdulilah, sesi saringan kesihatan yang dilaksanakan pada awal pagi oleh guru yang ditugaskan, mendapati hanya seorang murid sahaja bergejala dan telah dibawa pulang oleh ibu bapa mereka.Manakala yang lain berada dalam keadaan sihat.
Pihak sekolah telah mengadakan simulasi berjadual antara guru dan murid , berkenaan peraturan dan tatacara norma baharu yang bakal mereka lalui sepanjang sesi persekolahan. Ini bertujuan untuk memberi lebih kefahaman mereka akan SOP sekolah.
Selain itu,murid- murid juga telah bersama- sama mendengar amanat dari Pengetua sekolah di kelas masing- masing menggunakan talian google meet. Antara harapan puan pengetua adalah,agar murid dapat memberi kerjasama dan mematuhi SOP yang ditetapkan untuk kesejahteraan bersama dalam memutuskan rantaian Covid 19.Sesi bersama kaunselor diteruskan selepas itu dan murid-murid telah mengisi borang Ujian Minda Sihat.
10 minit sebelum sesi persekolahan tamat,murid- murid diarahkan untuk mensanitasi kelas masing masing sebelum pulang. Sesi persekolahan tamat jam 3.30 petang dan murid-murid pulang meninggalkan ruang legar sekolah dengan selamat bersama-sama pantauan guru-guru.