SMIHJB: Semarak Ibadah Memacu Perubahan

SMIHJB| Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak, Bidang Ilmu Wahyu Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah melancarkan program semarak Ramadhan peringkat sekolah.

Program ini dijalankan bermula pada 12 April sehingga 23 April 2020. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mengajak para pelajar bersama-sama meraikan kehadiran bulan Ramadhan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W di samping dapat mengajak para pelajar untuk mempersiapkan diri dari sudut intelek,rohani dan jasmani.

 Sehubungan dengan itu, asatizah bidang ilmu wahyu telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan menulis cerpen, pertandingan melukis komik Ramadhan dan pertandingan melukis dan mereka poster. Selain itu, poster dakwah berkaitan bulan Ramadhan juga telah disebarkan melalui aplikasi telegram bersama ibu bapa pelajar.

Berikut merupakan antara pemenang untuk pertandingan yang dijalankan.

Pertandingan melukis komik Ramadhan:

Tempat pertama   : Hazirah binti Mohd Zarhamdy

Tempat kedua      : Noorah Nabeelah binti Azhari

Tempat ketiga      : Najla Batrisyia binti Mohd Hafiz

Pertandingan melukis poster Ramadhan:

Tempat pertama   : Puteri Khadijah Khayra Binti Megat Rizal Helmey

Tempat kedua      : Nur Athirah Batrisyia Binti Md Arif

Tempat ketiga      : Muhammad Muaz Bin Sheikh Hassan

Pertandingan mereka poster Ramadhan:

Tempat pertama   : Fahima Zikra

Tempat kedua      : Raden Salma Humaira binti Muhammad Mun’im

Tempat ketiga      : Ameera Najihah Binti Ramzan

 Secara keseluruhannya,program ini berjaya dijalankan dengan jayanya.Semua warga sekolah iaitu para asatizah,pelajar-pelajar,dan penjaga telah memberikan kerjasama yang sangat baik.Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar agar dapat menghayati dengan lebih mendalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir dan para asatizah Sekolah Menengah Islam Hidayah,Johor Bahru.

Disediakan oleh:

Muhammad Rafiqi Hazim Bin Rahmat

Pengarah Program Semarak Ramadhan

SM Islam Hidayah Johor Bahru.

 

Hasil Lukisan Pemenang Pertandingan Komik Ramadhan :

1)Hazirah Binti Mohd Zarhamdy

2) Noorah Nabeelah binti Azhari

3) Najla Batrisyia binti Mohd Hafiz

 

Pertandingan melukis poster Ramadhan:

1) Puteri Khadijah Khayra Binti Megat Rizal Helmey

2) Nur Athirah Batrisyia Binti Md Arif

3) Muhammad Muaz Bin Sheikh Hassan

Pertandingan mereka poster Ramadhan:

1) Fahima Zikra

2) Aisyah Batrisya Binti Nor Jamal

3) Ameera Najihah Binti Ramzan

 

Poster Tazkirah Ramadhan :

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda