SMIHJB: Pertandingan Membaca Buku Terbanyak Anjuran Pusat Sumber Ibn Rusyd SMIHJB

SMIHJB| Assalamualaikum w.b.t. ibubapa yang dikasihi.

Ramadhan Mubarak.

Untuk makluman, pihak sekolah sedang menganjurkan Pertandingan Membaca Buku Terbanyak bermula pada 10 Mei hingga 10 Ogos 2020.

Dengan ini pihak sekolah berbesar hati ingin mengajak murid-murid Sekolah Menengah Islam Hidayah JB untuk menyertai Pertandingan Membaca Buku Terbanyak anjuran Pusat Sumber Ibn Rusyd SMIH JB.

Matlamat program ini adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid-murid agar mereka dapat menjana idea kreatif dan inovatif. Bahan-bahan bacaan tidak terhad kepada bahan yang berorientasikan peperiksaan sahaja tetapi ianya merangkumi pelbagai genre, dan bahasa.

Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada ibubapa menggalakkan dan menyemai tabiat membaca di kalangan anak-anak di rumah.

Akhir kata, serangkap pantun daripada saya;

Mekar sejambak bunga gubahan
Jatuh sekuntum di atas peti
Membaca itu suruhan Tuhan
Surah Al Alaq menjadi bukti

Ustazah Mashida Sakrani
GPK Akademik
SMIHJB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda