Daurah ‘online’ ini merupakan kali pertama dijalankan dalam kalangan Tingkatan 4 bagi memastikan perlaksanaan tarbiah tetap berjalan walaupun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Daurah ‘online’ ini dijalankan dalam kalangan pelajar di rumah masing-masing bersama dengan ibu bapa dan keluarga pelajar. Daurah berkenaan COVID-19 dan Sirah Umar r.a disampaikan melalui bentuk tayangan video pendek dan beberapa bahan bacaan yang diberikan, disusuli dengan aktiviti menjawab soalan yang diberikan dalam talian berdasarkan kefahaman pelajar terhadap video dan bahan yang diberikan.
Beberapa komen positif dan cadangan penambahbaikan telah diterima. Moga-moga segala keterlibatan guru dan pelajar dalam daurah ini diganjari oleh Allah s.w.t.