Mendepani cabaran pendidikan era IR4.0 dan wabak COVID19, Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru telah menganjurkan Webinar FREE ( Future Ready Education ) pada 30 April 2020 Khamis 7 Ramadhan 1441 Hijrah yang disampaikan oleh Assoc. Prof.Dr. Hjh. Norma Binti Alias, Lecturer in Department of Mathematical Sciences, Faculty of Science, UTM Skudai, yang juga ahli Task Force Teaching UTM. Seramai 57 orang guru telah menyertai program ini yang sangat bermanfaat dan membantu guru-guru dalam melancarkan PdPc melalui pendedahan teknik terkini IT. Jutaan terima kasih diucapkan kepada PM Dr. Hjjh Norma Alias atas perkongsian ini.