SMIHJB: Pertandingan Hafazan Untuk Semua Pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Anjuran Bidang Tahfiz

SMIHJB| Assalamualaikum kepada ibu bapa yang dirahmati Allah, Bidang Tahfiz menganjurkan Pertandingan Hafazan bagi semua murid Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru sehingga 28 April ini.

Dengan ini, kami mengharapkan sokongan dari ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak melibatkan diri dan tidak melepaskan peluang yang berharga ini. :grinning:

Sebagai rujukan ibu bapa, di bawah ini disertakan jadual sasaran silibus hafazan semasa sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan.

Semoga dengan peluang ini, memberikan motivasi awal kepada anak-anak meluangkan masa bersama Al-Quran di rumah sekaligus sebagai permulaan yang baik untuk menjadikan Al-Quran sebagai (agenda utama) pada bulan Ramadhan yang akan datang kurang dari tempoh seminggu ini.

Selamat menyambut Bulan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan sebaik-baik persiapan :relaxed:

U. Maryam Rufaidah Zainal Abidin
Ketua Bidang Tahfiz, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda