Pada 11 Mac 2020 Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru (SRIHJB) telah mengadakan latihan kawad kebakaran. Latihan ini diadakan bagi mempersiapkan diri murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan serta tindakan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.
Memberi pendedahkan kepada murid-murid dan warga sekolah agar mengambil tindakan yang betul serta dalam keadaan sekiranya berlaku situasi kecemasan dengan menggunakan laluan kecemasan seperti yang ditetapkan.
OBJEKTIF
1. Mendedahkan kepada warga Hidayah pengalaman langsung menghadapai bahaya kebakaran.
2. Melatih warga Hidayah kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
3. Menjalinkan hubungan yang erat bersama agensi yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.
PERJALANAN AKTIVITI
0905 pagi : Loceng / Isyarat kecemasan dibunyikan.
: Semua warga sekolah bergerak menuju ke Padang Sekolah Islam Hidayah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
0910 pagi : Semakan kedatangan murid oleh guru subjek serta semakan kedatangan guru/KBA.
0920 pagi : Taklimat Latihan Kawad Kebakaran dan Keselamatan oleh Ustaz Halimi
Bin Ali Yahad (Ketua Unit Keselamatan SRIHJB)
0935pagi : Tamat latihan dan taklimat. Sesi pembelajaran seperti hari biasa.