SRIHJB: Pelancaran Inspiring Kindness in School 2020

Skudai, 8 Mac – Memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid menjadi salah satu tanggungjawab yang penting dimainkan oleh warga sekolah. Justeru, ruang dan peluang perlu dilihat dan diteliti bersama agar program yang dirancang mencapai objektifnya.

Tarikh : 8 Mac 2020
Masa : 7.45 pagi – 8.40 pagi
Tempat : Dataran Amanah, Sek Ren Islam Hidayah JB
Perasmi : Dr Hj Abdul Rahman Tamuri, Pengerusi PIBG

Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru (SRIH) telah melancarkan satu program bagi membudayakan amalan-amalan baik di sekolah. Program itu dinamakan Inspiring Kindness in School. Program ini melibatkan semua pihak yang menjadi keluarga besar Hidayah termasuklah PIBG, Kakitangan Bukan Akademik (KBA), SIH Niaga dan semua warga Pusat Pendidikan Hidayah.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG, Dr Hj Abdul Rahman Tamuri. Antara objektif program ini ialah mendedahkan murid-murid dengan nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi biah solehah di sekolah. Seterusnya, menghargai murid-murid yang berbudi bahasa dan sentiasa mengamalkan akhlak mulia serta membuka peluang kepada murid-murid lain untuk mencontohi mereka. Akhir sekali, memberi ilmu pengetahuan lepada murid-murid mengenai adab-adab yang perlu diamalkan seperti adab menghormati guru, ibu bapa, adab relajar dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti dan kempen akan dilaksanakan sepanjang tahun bertemakan “Be Kind, Spread Love”. Antaranya termasuklah, anuugerah Kumpulan Mentee Soleh dan Rajin, Anugerah Mentee Qudwah Hasanah, kempen kebersihan, kempen kitar semula, kempen SMS, kempen susun kasut, pembudayaan salam dan bersalam, serta banyak lagi yang akan dirangka sepanjang tahun.

Penyelaras Program, Ust Mohamad Fadzil Edris berkata, antara objektif program yang ingin dicapai ialah mewujudkan suasana atau biah yang solehah di sekolah, melahirkan warga SRIH yang saling menghormati, beradab sopan dan berkasih sayang dan menghargai murid-murid yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni serta membuka peluang kepada murid-murid lain untuk mencontohi mereka. Program ini telah mendapat sokongan semua unit dan panitia terutamanya Unit Disiplin, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, Unit Keceriaan dan Kebersihan, Projek Kitar Semula, Panitia Al Quran dan lain-lain.

Pihak sekolah mengharapkan agar program ini bukan hanya menjadi sekadar kempen sahaja, tetapi ia juga mampu mengubah budaya di SRIH yang soleh dan musleh dalam melestarikan pembentukan generasi yang rabbani pewaris tanah air tercinta.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda