SMIHJB: Program Mabit dan Daurah Tingkatan 5

SMIHJB| Pada 6-7 Februari 2020 yg lalu,telah berlangsung program Mabit dan Daurah Ting.5 di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman murid-murid tentang apa yang harus mereka lakukan sebagai seorang muslim di sekolah dan dimana sahaja mereka berada.

Beberapa aktiviti telah dirancang bagi mencapai objektif program. Antaranya ialah puasa sunat batch, tazkirah, pengisian yang disampaikan oleh alumni, qiam jamaie di dataran dan pengisian daurah.

Selain itu, mereka juga diharapkan dapat berlumba- lumba dalam melakukan kebaikan dan mewujudkan bi’ah (suasana) yang soleh di sekolah kerana mereka merupakan senior yang menjadi contoh tauladan kepada adik-adik.

Jazakumullahu khairan khatira kepada pengetua, para penolong kanan, ibu bapa, guru- guru yang bertugas juga AJK pelajar yang telah membantu melancarkan perjalanan program.

#jomkesyurga
#menujubatchrahmah
#zenith22

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda