PPH: Perjumpaan LPH bersama Staf PPH

Sabtu,18 Januari 2020: Pada Sabtu yang lepas, telah berlangsungnya sesi perjumpaan Lembaga Pengelola Hidayah (LPH) bersama dengan Staf Pusat Pendidikan Hidayah yang terdiri daripada Guru Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan juga Kakitangan Bukan Akademik (KBA). Perjumpaan ini berlangsung di Dewan Qadisiyyah dan dihadiri seramai 200 lebih orang staf hidayah.

Majlis dimulakan kata aluan oleh pengerusi majlis dan juga tilawah Al-Qur’an oleh Ust Sufbri dari SRIHJB. Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah (PPH); Ust Mohd Jelani bin Ramly yang memberikan kisah inspirasi berkenaan dengan kejayaan PPH melahirkan generasi soleh dan musleh.

Majlis diteruskan pula dengan ucapan Pengerusi LPH; Hj Hassan Hushin yang mengimbau kejayaan-kejayaan yang telah di peroleh sepanjang tahun 2019 dan juga membentangkan berkenaan perancangan untuk tahun-tahun akan datang. Ucapan pengerusi ini diakhiri dengan mengumumkan elaun khas buat staf yang mempunyai Sarjana (Degree) dan Doktor Falsafah (PHD).

Prof. Dr. Hj Shahrin Mohammad selaku Timbalan Pengerusi LPH pula membentangkan secara  ringkas berkenaan dengan Perancangan Strategik PPH bagi tahun 2020-2025 yang membawa Visi dan Misi baharu beserta 6 teras utama dalam menjayakan perancangan ini. JK Dana Hidayah LPH;  Hj Ahmad Daniel Sharudin pula berkongsi akan projek-projek pembangunan dan dana hidayah dan mengedarkan borang projek potongan gaji untuk sumbangan hidayah.

Antara slot akhir perjumpaan ini adalah sesi soal jawab antara LPH dan juga staf. Pelbagai persoalan dan cadangan yang dikemukakan oleh para staf yang inginkan terbaik buat Pusat Pendidikan Hidayah. Ahli LPH juga menjawab dan menerima cadangan yang dikemukakan dengan baik.

Majlis diakhiri dengan ucapan pergulungan oleh pengerusi LPH sendiri. Beliau menekankan bahawa asas pembinaan sekolah ini adalah tarbiyah. Beliau juga sarankan staf yang baharu untuk sentiasa merujuk pada staf yang sudah lama berkhidmat di Pusat Pendidikan Hidayah untuk memberikan keseimbangan dalam ilmu dan pengalaman.

Majlis ditamatkan dengan bacaan doa oleh Ust Ikrimah dari SRIHJB.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda