SMIHJB: Bermulanya Taklimat Tarbiah Tahun 2020

SMIHJB| Alhamdulillah, pada pagi 7 Januari 2020 telah berlangsung sesi taklimat tarbiah kepada semua murid Sekolah Menengah Islam Hidayah. Murid telah dikumpulkan mengikut tingkatan masing-masing dan sesi telah dikendalikan oleh guru penyelaras tarbiah tingkatan masing-masing. Semoga sesi ini memberi manfaat yang besar buat semua murid sebagai persiapan bagi meneruskan pentarbiahan diri masing-masing di tahun baru […]
SMIHJB: OSEM 20 Mensasarkan Ta’aruf, Ukhuwwah dan Disiplin Pelajar.

SMIHJB| Pada 29 & 30 Disember 2019 telah berlangsung program Orientasi Sekolah Menengah 2020 (OSEM 20) bagi pelajar tingkatan 1 dan pelajar baru tingkatan 2 SMIH. Program dua hari ini mensasarkan taaruf, ukhuwwah dan disiplin dalam kalangan peserta. OSEM 20 akan bersambung pada hari persekolahan yang mensasarkan pula pada pendedahan biah sekolah, identiti pelajar Hidayah […]
SMIHJB| Unit MPP Mengumumkan Barisan Qiadah baru SMIH 2020

SMIHJB: Pada 6 Januari 2020, Unit MPP SMIH telah mengumumkan barisan qiadah baru bagi lantikan tahun 2020. Seramai 28 orang pelajar dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), 17 orang pelajar dilantik sebagai Pengawas dan 2 orang pelajar dilantik sebagai PRS dan Pengawas. Pihak SMIH mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab.