SMIHJB: Pertandingan Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-62 Peringkat Negeri Johor

SMIHJB| Pada tanggal 31 Ogos 2019 yang lalu, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah dijemput untuk memasuki Pertandingan Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-62 Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di sekitar laluan ke Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Dalam masa 4 hari anak-anak ini menghabiskan masa membuat latihan perbarisan setelah selesai sesi persekolahan.

Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Kontinjen KRSM Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru atas kejayaan menjadi Johan bagi kategori Pakaian dan Uniform Terbaik Peringkat Sekolah / Mukim dengan mendapat Piala Johan beserta ‘mock cheque’ yang bernilai RM3000 . Ini adalah kemenangan kali kedua berturut-turut bagi KRSM Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

Dalam pertandingan ini, ia disertai oleh 20 syabab dan 20 fatayat yang diketuai oleh Pegawai Waren 1 Auzaie Rusyaidi Bin Mohd Safawi. Semoga kecemerlangan yang berterusan ALLAH beri untuk anak-anak Hidayah dalam semua aspek. In sha ALLAH.

Pegawai Pengiring :
1. LM Umayr Sayfurrahman Bin Ainullotfi
2. LM Imran Bin Omar
3. LM Hilsha Binti Hashim
4. LM Fatimah Binti Mamat

#SMIH
#JomkeSyurga
#BerilmuBeramalMemimpin

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda