SMIHJB: Pertandingan Hafazan Terbuka Anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia ( YPEM )  

SMIHJB|Semanggol, Perak : Pada 26 November 2019 yang lalu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia ( YPEM ) bersama dengan Kolej Islam Teknologi Pulau Pinang ( KITAB ) telah menganjurkan pertandingan hafazan kategori tebuka buat julung kalinya. Pertandingan ini telah mendapat sambutan peserta yang menggalakkan dari pelbagai sekolah di setiap negeri.

Sekolah Menengah Islah Hidayah ( SMIH ) juga turut mengambil peluang untuk menghantar seorang wakil peserta iaitu Muhammad Iqram Muqriz bin Roshaizad ke pertandingan tersebut. Guru yang bersama mengiringi peserta iaitu Ustaz Muhammad Rafiqi Hazim bin Rahmat.

Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada peserta Muhammad Iqram Muqriz bin Roshaizad wakil SMIH yang telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut dan membawa pulang hadiah sebanyak RM 2000.00 serta sijil penyertaan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda