Alhamdulillah, pada 6 November 2019 bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini, pihak Pembangunan Sahsiah Murid telah mengadakan program ‘DauReh’ tingkatan 4.
Nama ‘DauReh’ diambil sempena gabungan 2 program besar iaitu daurah dan rehlah.
Program ‘DauReh’ dimulakan dengan sesi MDP sehingga jam 8.45 pagi kemudian bertolak ke tempat rehlah pada pukul 9.00 pagi.
Aktiviti rehlah dikendalikan oleh MT Batch Zenith 22 dengan pelbagai aktiviti yang menarik serta juadah ringan yang dibawa oleh pelajar untuk dijamu bersama ahli keluarga penyayang.
Program daurah yang bertajuk “Remaja & Hedonisme : Nikmat @ Bencana?” dijalankan dalam bentuk explorace. Antara objektifnya ialah :
1- Meningkatkan kefahaman tentang faktor dan implikasi Hedonisme.
2- Membina kesedaran tentang kepentingan mengamalkan syariah Islam.
3- Membentuk jati diri muslim dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi serta mengukuhkan ukhuwah antara ahli batch Zenith 22 dan guru mentor.
Setinggi penghargaan kepada guru penyelaras tarbiyah, guru-guru mentor, MT Batch Zenith 22 serta semua pelajar tingkatan 4 yang menjayakan program DauReh pada tahun ini.
Semoga program yang diadakan ini dapat mencapai objektif disamping merapatkan ukhwah dan memberi kesedaran yang tinggi tentang implikasi hedonisme dalam kehidupan. InsyaaAllah. Jazakumullahkheir jaza’.