Polisi Sekolah Tentang Yuran 2020

Pihak sekolah sangat menghargai komitmen tuan puan terhadap pendidikan anak-anak dan sentiasa memastikan yuran anak-anak dijelaskan sebelum tamat tempohnya. Kemudahan JomPAY yang diperkenalkan bertujuan untuk memudahkan kedua pihak agar rekod pembayaran lebih terjamin.

Hasil maklum balas dari tuan puan dan pihak pengurusan sekolah diambilkira dalam memperkemas polisi pembayaran yuran.

Polisi yang digunakan ini bertujuan untuk memudahkan urusan tuan puan dan pihak sekolah dalam usaha memperkemas sistem pembayaran yuran agar pendidikan anak-anak di sekolah ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sekolah berharap tuan puan sentiasa bersama memahami dan menyokong misi dan visi sekolah ke arah melahirkan generasi rabbani

Semoga Allah sentiasa membantu kita dan memberkati pengorbanan tuan puan sepanjang persekolahan anak-anak di Sekolah Islam Hidayah.

Yang menjalankan amanah,

MOHD JELANI BIN RAMLY
Ketua Eksekutif, Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.
s.k Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah
Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah
Bahagian Kewangan

POLISI YURAN SEKOLAH ISLAM HIDAYAH 2020
1 Pembayaran yuran adalah melalui aplikasi JomPAY SAHAJA.
2 Bayaran pendaftaran bagi pelajar lama untuk sesi baru adalah selewatnya sebelum atau pada 20hb Disember. Jika ibu bapa/penjaga gagal membuat bayaran, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas.
3 Bayaran pendaftaran bagi pelajar baru, perlu dibayar sebelum atau pada hari pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika ibu bapa/penjaga gagal membuat bayaran, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas.
4 Resit rasmi perlu diterima untuk setiap bayaran sebagai bukti pembayaran melalui emel (Sila sentiasa kemaskini profil pelajar).
5 Yuran Pengajian sepatutnya/hendaklah dibayar setahun. Ibu bapa/penjaga dibenarkan membayar secara bulanan tanpa tertunggak sebelum 10hb untuk bulan berkenaan. Diskaun diberikan kepada pelajar warganegara SRIH dan SMIH (JB) yang membayar yuran setahun semasa pendaftaran atau selewatnya pada bulan Januari.
6 Yuran Pengajian bagi warga luar hendaklah dibayar setahun atau sentiasa 3 bulan awal (Bayar yuran pertama hingga ketiga semasa pendaftaran, yuran keempat dan seterusnya MESTI dibayar mulai bulan Januari atau bulan berikutnya hingga September)
7

Ibu bapa/penjaga yang memilih untuk membayar Yuran Pengajian secara bulanan, tetapi tidak membuat bayaran selewatnya pada 10hb bulan semasa, ini telah dikira sebagai YURAN TERTUNGGAK. Tindakan terhadap mereka yang mempunyai tunggakan yuran adalah seperti berikut:

7.1     Peringatan melalui SMS – jika sebulan tertunggak.
7.2     Jika 2 bulan tertunggak, peringatan untuk membuat bayaran                        melalui SMS dalam tempoh 7 hari. Jika tiada bayaran yang dibuat,              notis tahan murid melalui surat, SMS, emel dihantar dengan                          memberi tempoh 7 hari sebelum penahanan sebenar dibuat. Selain            daripada penahanan murid, kes hutang tertunggak boleh                              diserahkan kepada peguam.
7.3     Jika ibu bapa/penjaga ingin memberhentikan pembelajaran                      anaknya kerana tunggakan yuran, dokumen yang berkaitan                        seperti Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang berkaitan                      tidak akan diberi.
7.4     Bagi kes penahanan murid (rujuk 7.2) dan permohonan berhenti                (rujuk 7.3), cara penyelesaian hanyalah dengan membayar penuh                segala hutang yang ada.

8 Notis peringatan berkaitan status yuran tertunggak akan dikeluarkan kepada ibu bapa/penjaga yang berkenaan pada bulan November. Murid yang tidak selesai bayaran yuran tahun semasa tidak dibenarkan membayar dan bersekolah untuk sesi baru serta boleh dikenakan tindakan undang-undang.
9

Pembatalan pendaftaran atau kemasukan atau urusan keluar sekolah adalah seperti berikut :

9.1    Sebelum sesi persekolahan bermula,
         9.1.1      Yuran Kemasukan tidak dikembalikan.
9.2    Setelah sesi persekolahan bermula,
          9.2.1      Yuran Kemasukan dan Yuran Pendaftaran tidak akan                                      dikembalikan.
          9.2.2      Yuran selain di 9.2.1 akan dikembalikan mengikut                                             penggal/semester, kecuali Yuran PIBG.
                         (Permohonan perlu dihantar kepada Bendahari sekolah                                 untuk memulangkan baki yuran yang telah dibayar).
9.3    Murid yang masuk atau keluar di mana-mana hari di pertengahan             kedua bulan perlu membayar setengah daripada Yuran Pengajian               yang sepatutnya dibayar pada bulan tersebut.
9.4    Yuran Pengajian perlu dibayar setahun penuh. Sekiranya murid                   berhenti setelah mengambil  peperiksaan akhir tahun atau                           peperiksaan utama (UPSR & PT3), baki yuran tersebut perlu                           diselesaikan.

10 Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan, jika ibu bapa/penjaga masih berminat untuk meneruskan persekolahan samada ditahun semasa atau seterusnya, Yuran Pengajian perlu terus dibayar. Jika sebaiknya, mereka perlu berhenti dan mendaftar baru jika ingin kembali ke sekolah. Walau bagaimanapun, penerimaan untuk mendaftar adalah bergantung kepada kekosongan tempat belajar.
11

Yuran asrama (SMIH JB)

11.1    Murid yang ada tunggakan yuran (samada yuran asrama atau                     yuran pengajian atau yuran persekolahan), tidak layak mohon                     masuk asrama.
11.2    Yuran asrama hendaklah sentiasa dibayar 3 bulan awal/kehadapan.
11.3    Bagi murid yang ingin menumpang asrama, mereka dikehendaki                 membayar terlebih dahulu yuran tumpang asrama sebelum masuk             ke asrama.
11.4    Kadar yuran seperti berikut (dibundarkan) :
            11.4.1 Kadar harian = Kadar bulanan / 30 hari x 1.5
            11.4.2 Kadar sebulan / tumpang asrama melebihi 15 hari = Kadar                              bulanan x 1.25 (mendapat peruntukkan makanan walaupun                          telah tidak tumpang asrama dalam tempoh tersebut)

   

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda