SMIHJB: Pasukan Robotik Hidayah Johan Pertandingan Autonomous Sumo Open Johor Robotic School Challenge 2019

SMIHJB: Pada 22 & 23 November 2019, Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar 3 pasukan bagi menyertai “Autonomous Sumo” & 2 pasukan “Line Tracer” bagi menyertai Pertandingan “ JOHOR ROBOTIC SCHOOL CHALLENGE 2019 di EduCity Sports Complex.

Alhamdulillah dan Tahniah kepada Team Guidance – Hidayah Islamic School Robotic Club kerana menjadi Johan Autonomous Sumo Open Johor Robotic School Challenge 2019. Perlawanan akhir diantara Sekolah Menengah Islam Hidayah yang diwakili oleh GUIDANCE ALPHA berjaya mengalahkan SAKTI PHEONIX daripada Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi dengan 2-1.

Bagi penentuan tempat ke-3 dan ke-4 menyaksikan pertembungan antara Sekolah Menengah Islam Hidayah yang diwakili oleh GUIDANCE CHARLIE tewas kepada SAKTI ULTIMATE daripada Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi dengan 1-2. Satu lagi pasukan Autonomous Sumo Hidayah iaitu GUIDANCE BRAVO terpaksa akur dengan kehebatan GUIDANCE ALPHA setelah menyaksikan pertemuan sesama sendiri di Suku Akhir.

Bagi kategori “Line Tracer” yang diwakili oleh adik – adik tingkatan dua, masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga kita lebih berjaya pada masa hadapan.

Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Hidayah telah dilatih oleh En. Azri bin Ali, En. Hafiz bin Nazar dan En. Zulhelmi daripada Mechabotic.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah (Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan), Penolong Kanan Akademik (Ustazah Muhaini binti Mahusin), Penolong Kanan Kokurikulum (Ustaz Ezaidin bin Norman), Ketua Bidang Teknik & Vokasional (Ustazah Siti Suhailah binti Tasmon) dan Ketua Panitia Komputer (Ustazah Norizah binti Mohd Salleh) yang telah memberikan peluang, sokongan dan dorongan bagi menyertai pertandingan ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda