SMIH JB: Hari Terbuka Sek. Men. Islam Hidayah

SMIH JB: Pada 17 November 2019 yang lalu, telah berlangsungnya Hari Terbuka Sek Men Islam Hidayah yang dianjurkan buat pertama kalinya.Program ini telah dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum Sek Men Islam Hidayah. Alhamdullilah program ini telah mendapat sambutan yang sangat membanggakan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya Hari Kemuncak RoUMMAH, Persembahan BaSeD oleh pelajar KRS Musleh Sek Men Islam Hidayah, Pertandingan Persahabatan Bola Jaring, Pertandingan Persahabatan Bahas, Pertandingan Ping Pong, Kraf Tangan, menunggang kuda dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Pertandingan persahabatan yang dijalankan melibatkan perlawanan antara Sek Men Islam Hidayah dan sekolah luar kawasan Johor Bahru. Antara sekolah luar yang terlibat adalah Sekolah Menengah Tun Fatimah, Sekolah Menengah Tan Sri Mohamed Rahmat, Sekolah Menengah Agama Al Quran Waddin, dan Madrasah Tahfiz Dar Absyir.

Pada hari tersebut juga, terdapat pameran yang menarik seperti pameran robotik dan pameran RoUMMAH. Gerai jualan juga dibuka dimana menjual pelbagai jenis makanan dan barangan seperti baju, buku dan pelbagai barang keperluan lain.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tahniah buat Pengetua, semua Guru, Pelajar Sek Menengah Islam Hidayah serta semua yang terlibat memeriahkan Hari Terbuka Sek Men Islam Hidayah buat julung-julung kalinya.

“Let’s dakwah through sports!”

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda