SMIHJB: NEO PIP pasukan inovasi Era Globalisasi

Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST) The Great Lab Grand Design Challenge 2019

Bayan Lepas, 23 November 2019 | Pertandingan ini telah diadakan pada 23 November 2019 di Pejabat CREST, Universiti Sains Malaysia, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dua pasukan sekolah telah disenarai pendekkan utk mewakili zon selatan setelah memenangi pertandingan Youth Boot Camp pada bulan Februari yang lalu. Sebanyak 28 pasukan sekolah dan 35 pasukan IPT dari seluruh negara telah menyertai pertandingan CREST TGL. Pasukan yang bertandingan telah bertungkus lumus sepanjang 6 bulan untuk menghasilkan prototype yang berfungsi. Pasukan NEO PIP telah menghasilkan prototype portable Incubator Pod dan pasukan AUTY- MATEEX telah menghasilkan education games for autism children.

Alhamdulillah & Tahniah kepada pasukan Sekolah Menengah Islam Hidayah NEO PIP yang telah berjaya melepasi 3 peringkat penilaian dan memenangi NAIB JOHAN peringkat kebangsaan kategori sekolah.
Ahli pasukan NEO PIP terdiri dari pelajar tingkatan 2 iaitu
1. Muhammàd Umar bin Nor’Azim (ketua pasukan)
2. Zaqwan Azhar bin Masjudin
3. Muhammad Adam Zayani bin Mohd Huzainy
4. Muhammad Danish Danial bin Mohd Azri
5. Syamil Rahman bin Muhammad Lukman

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Shahrizal & team ,Dr. Afnizan Faizal & team dan Cik Amirah Diyana Azlan ( Alumni) atas khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam menjayakan projek tersebut..Sokongan dan bantuan yang diberikan daripada Puan pengetua Ustz Seri Juli Emas Wati bin Adnan dan barisan semua penolong kanan kepada pihak pasukan kami.Juga tak lupa kepada guru penasihat dan semua staf SMIH yang terlibat secara langsung dan tak langsung di dalam projek ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda