SMIHJB: Majlis Penghargaan Qiadah 2019

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri;
Kalaulah ada umur yang panjang,
InsyaAllah berjumpa lagi. 

Tanggal 31 Oktober 2019, tercipta sebuah memori indah buat para pemimpin Sekolah Menengah Islam Hidayah. Seramai 52 orang pimpinan sekolah daripada tingkatan 5 telah diraikan dalam majlis yang cukup santai dan bersahaja. Mereka terdiri daripada pimpinan Majlis Pewakilan Pelajar 2018/19, pembimbing rakan sebaya (PRS), pengawas sekolah dan majlis tertinggi Kadet Remaja Sekolah (KRS).

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, diikuti dengan ucapan Guru Penolong Kanan Akedemik, Ustazah Muhaini Mahusin mewakili Puan Pengetua, Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan ucapan bekas Ketua Pelajar 2018/19, saudara Suhaib Bin Sufian dan persembahan dari PRS tingkatan 5, satu persembahan yang bersahaja namun mencuit hati para penonton.

Semoga malam Majlis Penghargaan Qiadah ini memberikan satu kenangan manis buat mereka (Avant Garde 21)

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda