SMIHJB : Program Kemuncak Bulan Kebangsaan

Pada 12 September 2019,Sekolah Menengah Islam Hidayah telah melaksanakan Program Kemuncak Bulan Kebangsaan bersempena dengan penutup Bulan Kebangsaan yang ke-62. Program ini dianjurkan oleh Bidang Kemanusiaan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Murid serta Ahli Jawatankuasa Pelajar yang dilantik.

Bermula dari akhir Julai lalu, sebanyak 11 acara telah dipertandingkan dengan pelbagai kategori.

Selain bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air, ia juga menggalakkan pelajar untuk mengasah bakat dan menjana idea mereka. Antara acara yang diadakan pada hari kemuncak ialah Pertandingan koir,pementasan drama,pendeklamasian sajak dan permainan tradisional.

Acara-acara ini mendapat sambutan hangat dari para pelajar dengan persedian mereka yang sangat rapi. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan selepas zohor dan telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah, Puan Seri Juli Emas Wati Binti Adnan.

Majlis berakhir pada jam tiga petang dengan bacaan doa penutup.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda