PPH : Mukhayyam Staf Lelaki Pusat Pendidikan Hidayah

Khamis – Sabtu | 5-7 September 2019, bertempat di Bayu Balau Resort, Tanjung Balau, Johor telah berlangsung Perkhemahan Staf Lelaki, Pusat Pendidikan Hidayah.

Mukhayyam kali ini dihadiri seramai 67 orang  peserta dari Hidayah Johor Bahru, Hidayah Batu Pahat dan juga SIH Niaga.

Objektif utama program ini adalah untuk membina modal insan yang berkualiti sejajar dengan 10 Muwosofat Tarbiyyah.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun bagi menjadikan mukhayyam ini bermakna dan bermanfaat dan selari dengan objektif yang telah dipilih.

Ketepatan masa, ukhuwah, kebersamaan dan berlapang dada merupakan antara fokus utama sepanjang mukhayyam ini.

Mukhayyam diakhiri dengan ucapan oleh Tuan Hj Mohd Hatta bin Hussin selaku Ketua Eksekutif Kewangan dan Pentadbiran Pusat Pendidikan Hidayah merangkap Pengerusi Biro Tarbiah yang menekankan berkenaan dengan penerusan nilai baik yang diterapkan didalam mukhayyam ini kepada kehidupan harian.

Para peserta mukhayyam juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah hasil dari pertandingan yang dipertandingkan sepanjang mukhayyam ini.

Tahiah diucapkan buat para peserta dan juga para fasi dan petugas yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan mukhayyam ini.
Tidak lupa juga buat MPKK dan juga Ketua kampung dan penduduk Kampung Champa yang menerima kehadiran para peserta Mukhayyam ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda