Studython Tingkatan 3

Program : Studython Tingkatan 3
Tarikh : 18 – 20 Julai 2019
Tempat : Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru
Bilangan guru terlibat : 19 orang
Bilangan fasilitator terlibat : 11 orang
Bilangan pelajar terlibat : 159 orang

Program telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru yang telah disertai seramai 159 orang pelajar tingkatan 3.

Seramai 19 orang guru matematik dan sains dan dibantu 11 orang fasilitator dari kalangan alumni SMIH telah turut serta menjayakan program ini.

Objektif program adalah:
1. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik, dan Sains
2. Memperkasakan pelajar-pelajar yang cemerlang dan mencapai sifar gagal dalam matapelajaran Matematik dan Sains
3. Meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap subjek Matematik, dan Sains.

Program ini berkonsepkan latih tubi, tutorial dan perbincangan dalam kumpulan.
Ceramah teknik menjawab soalan PT3 (Matematik) turut dijalankan.

Penceramah jemputan, Puan Rumaizah Binti Elias adalah guru matematik yang mempunyai pengalaman mengajar selama 15 tahun dan sedang berkhidmat di SMK Bandar Baru Uda.
Program ini memberikan impak yang positif kepada semua pelajar untuk mempelajari subjek matematik dan sainsdengan lebih mendalam.
Penglibatan pelajar begitu komited sekali malah mereka amat teruja apabila melakukan latih tubi dan perbincangan yang dijalankan sepanjang program.

Jazakummullah khairan Katsira kepada para ibu bapa yang menyokong dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda