SMIH: Program Sambutan Bulan Kesedaran Autisme

Pada tarikh 21 April 2019, hari Ahad, pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah telah dijemput sebagai sukarelawan bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kesedaran Autisme dengan tema “Semarak Biru 2019, Autism Lives Matter”

Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Kanak-Kanak Autistik Islam Johor Bahru dengan kerjasama Nurkidz & AEON Mall Bandar Dato’ Onn.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah simbolik tanaman pokok untuk alam sekitar hijau , pertandingan teka silang kata ,senam robik, sukaneka untuk kanak-kanak, explorace, penyerahan cenderahati dan sebarkan belon biru tema Awarness Autisme kepada orang ramai sebagai tanda kecaknaan terhadap kanak-kanak autistik.

Semoga dengan peluang yang diberikan ini menjadi impak kesedaran anak-anak murid kita serta masyarakat umum terhadap autisme dan seribu pengalaman dalam kehidupan sebagai seorang manusia. Usaha ini juga bagi membentuk diri bersifat ihsan terhadap manusia yang kurang upaya serta menyebar luaskan rasa kasih sayang terhadap sesama makhluk.

Moga kerjasama ini dapat diteruskan bersama penganjur untuk acara yang seterusnya .

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda