Program Daurah Katibah Tingkatan 3

Alhamdulillah, pada tarikh 26 April 2019, hari Jumaat, unit tarbiah murid Sek Men Islam Hidayah, telah mengadakan Program Daurah Katibah bagi Tingkatan 3.

Pengisian daurah disampaikan oleh Akhi Yusuhaimi bin Remli, Ustaz Mohd Saleh bin Mohamed dan Ustazah Zaidahtul Nazira binti Ali di 3 tempat berbeza dalam kawasan sekolah bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Semoga program daurah katibah tingkatan 3 pada hari ini memberikan manfaat yang baik kepada para pelajar dan membentuk semangat agar terus membina jati diri dan akhlak sebagai Generasi Rabbani.

Jazakumullah khairan katsira kepada semua yang terlibat terutama Unit Tarbiah Murid dan Unit Pembangunan Sahsiah Murid diatas berlangsungnya program ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda