Lawatan Pelajar Tahun Akhir TESL Universiti Ho Chi Minh

Pada 26 Februari 2019, seramai 10 orang pelajar Tahun Akhir TESL dari Universiti HO Chi Minh Vietnam, telah datang ke Sekolah Islam Hidayah.

Objektif lawatan mereka ialah untuk membuat pemantauan terhadap latihan mengajar guru bahasa Inggeris.

Mereka bersama dengan 2 orang pensyarah kanan dari UTM iaitu
Dr. Nur Hazirah binti Noh@Seth dan Dr. Mohamad Rasidi bin Pairan

Antara aktiviti yang disusun bersama ialah, mereka dibahagikan kepada 4 kelas, dan memantau atau membantu guru utama yang mengajar kelas tersebut.

Alhamdulillah, program yang dilaksanakan, berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program tamat jam 12.35 tengahari dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah JB Tuan Haji Hassan Hushin.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda