Program MABIT DAN DAURAH TINGKATAN 3

Pada 28 Februari 2019 hingga 1 Mac 2019 Pembangunan Sahsiah Murid telah mengadakan Program MABIT DAN DAURAH TINGKATAN 3.

Program ini, dimulakan dengan sesi riadah ringan, Ma’thurat petang, berbuka ringan. Kemudian Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan berbuka berat bersama-sama MDP di Foyer dan kantin SMIH.

Penyampaian slot Malam menjadi pengisian utama program Mabit bertajuk IKHLAS yang disampaikan oleh alumni batch H20, Akh Munieb dan dibantu oleh Akh Fawwaz.

Pada keesokan harinya 1 MAC 2019, program diteruskan dengan Daurah bertajuk Keindahan BersamaMu KBM yang disampaikan oleh Ustaz Adam Luthfi iaitu kaunselor SMIH.

Alhamdulilah, kehadiran murid mencatat seramai 96% dari jumlah keseluruhan. Ini merupakan catatan kehadiran yang sangat baik . Tahniah diucapkan kepada ibu bapa di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Secara keseluruhannya program yang dijalankan diharapkan menjadi jalinan ukhuwah yang kuat sesama ahli batch melalui aktiviti yang bersifat jamaie seperti berpuasa sunat, berbuka puasa, solat fardhu dan sunat, bacaan zikir Ma’thurat, tidur, qiyamullail, mendengar pengisian, beriadah, makan dan banyak lagi.

Semoga program yang disusun ini juga membentuk cara fikir dan kefahaman murid terhadap Islam sekaligus membina jati diri dan akhlak mereka sebagai seorang Muslim.

Jazakumullah khairan katsira kepada semua diatas kejayaan program pada hari ini. Guru bertugas pada program ini Ust Mudzakkir, Ustzh Siti Suhailah, Ustzh Nur Farah Hanis, Ustzh Noorzana dan Ust Amirul Ahmad.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda