Mabit Guru & Staff Perempuan SMIH, Mabit dan Daurah Tingkatan 4 & 5

Pada 21 Februari 2019 Pembangunan Sahsiah Murid telah mengadakan

1) Mabit Tingkatan 4 & 5
2) Mabit Guru & Staff Perempuan SMIH

Program ini, dimulakan dengan sesi Ma’thurat petang, berbuka ringan. Kemudian Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan berbuka berat bersama-sama di Foyer, dataran dan kantin SMIH.

Penyampaian slot Malam menjadi pengisian utama program Mabit bertajuk:

1) Mabit Tingkatan 4: Istiqamah
2) Mabit Tingkatan 5: Memenuhi janji
3) Mabit Guru & Staff Perempuan SMIH: Malu dan Berlemah lembut

Pada keesokan harinya 22hb Februari 2019, program murid diteruskan dengan Daurah mengikut Katibah bagi Tingkatan 5 bertajuk Ghurbah Thaniyah (Berdagang Kali kedua, Berinteraksi dengan Al-Quran Wahai Pemuda).

Daurah Tingkatan bagi Tingkatan 4 pula menyentuh tajuk Aspirasi Syabab (Anda Bijak Menjauhi Zina).

Kehadiran murid Tingkatan 5 dan 4 mencatat seramai 88% dari jumlah keseluruhan bagi setiap tingkatan.

Secara keseluruhannya program yang dijalankan diharapkan menjadi jalinan ukhuwah yang kuat sesama peserta dan juga guru melalui aktiviti yang bersifat jamaie seperti berpuasa sunat, berbuka puasa, solat fardhu dan sunat, bacaan zikir Ma’thurat, tidur, qiyamullail, mendengar pengisian, beriadah, makan dan banyak lagi.

Semoga program yang disusun ini juga membentuk cara fikir dan kefahaman murid terhadap Islam sekaligus membina jati diri dan akhlak mereka sebagai seorang Muslim.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada penceramah jemputan yang sudi meluangkan masa terlibat dalam program pembinaan diri warga SMIH.

Pn Raihan, Pn Sumilah Marto, Pn Uzma Tahir, Pn Nurizwah, para alumni Firdaus Ali, Amirul Mukmin dan Wan Abdul Rahman.

Jzaakumullahukhairan kathira.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda