Daurah Khariji PRS SMIH 2019

Alhamdulillah pada 14-16 Februari 2019, seramai hampir 60 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Menengah Islam Hidayah, telah mengikuti Daurah Khariji yang berlangsung di SMIH, Homestay dan Masjid At-Taqwa, Taman Pulai Utama.

Program ini menekankan pembinaan karakter murabbi dan pemimpin kepada peserta dari segi intelek, rohani dan fizikal melalui program yang disusun selain daripada memberikan latihan dalam mengendalikan Majlis Diskusi Pelajar (MDP) dengan perancangan yang tersusun mengikut objektif yang ditetapkan.

Semoga pendedahan yang diberikan membantu PRS dalam membimbing rakan-rakan di sekolah menjadi insan bercirikan Rabbani, Soleh dan Musleh.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda