Basic Floral Watercolour Workshop di SMIH

Alhamdulillah seramai 35 orang peserta telah selesai mengikuti ” Basic Floral Watercolour Workshop’ di bawah bimbingan Pn Rufina Anuar atau Umm Adam. Bengkel berlangsung dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Qadisiyyah SMIH.

Bengkel dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah sebagai satu dari aktiviti sempena Bulan Pusat Sumber dengan tema Hidayahjb Membaca.

Tujuan penganjuran bengkel seumpama ini ialah untuk:

  1. Melatih daya tumpuan dan ketekunan pelajar yang boleh diaplikasi untuk membaca.
  2. Menggalakkan kemahiran psikomotor pelajar
  3. Menyediakan program berbentuk kerajinan tangan.

Unit Pusat Sumber sangat berterima kasih kepada jurulatih iaitu Pn Rufina yang meluangkan masa dan mencurahkan tenaga untuk melatih pelajar.

Semoga bengkel seumpama ini bagi siri seterusnya dapat lagi dianjurkan pada masa akan datang.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda