Bengkel Mudah Mengajar PAK21

Pada 2 Februari 2019 (hari Sabtu), Sekolah Menengah Islam Hidayah, di bawah aktiviti Bidang Kemanusiaan telah mengadakan Bengkel Mudah Mengajar PAK Abad ke-21 Bidang Kemanusiaan.
Bengkel tersebut diadakan di
Bilik Mesyuarat Guru SMIH pada jam 8.00 hingga 1.45 petang.
Seramai 13 orang guru telah menghadiri bengkel yang terdiri daripada guru Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan juga Geografi.
Penceramah yg terlibat dalam bengkel ini ialah Encik Herryan Syah Tupan @ Surian, merupakan guru cemerlang SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor. Beliau juga merupakan pelopor untuk Bengkel Mudah Mengajar yang banyak berkongsi ilmu berkaitan dunia pendidikan guru-guru di Malaysia.
Pelbagai ilmu berkaitan teknik-teknik pembelajaran secara manual dan penggunaan teknologi maklumat telah dikongsikan untuk memudahkan proses pembelajaran dalam kelas. Semoga program seperti ini dapat memotivasikan guru-guru bidang Kemanusiaan untuk lebih cemerlang dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda