SRIH JB : SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2019

pelan bangunan srih jb

Assalamualaikum w.b.t.
Semoga semua dalam rahmat dan kasih Allah swt.

Berikut adalah beberapa perkara untuk makluman & perhatian pihak tuan/puan ibu bapa murid Srih Jb.

1. Sesi persekolahan 2019 akan bermula pada Selasa 1 Januari 2019

2. Waktu persekolahan bermula jam 7.40 pagi

3. Semua murid diharap memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Sila rujuk panduan pakaian seragam SRIH 2019 yang terdapat di laman web Pusat Pendidikan Hidayah. KLIK LINK DI SINI >> https://telegra.ph/Garis-Panduan-Seragam-SRIHJB-2019-11-23

4. Semua peralatan sekolah termasuk beg, buku & pakaian murid termasuk kasut mestilah DITULIS NAMA murid dan KELAS untuk mengelakkan tertukar dengan murid lain.

5. Murid hanya perlu membawa alat tulis dan sebuah buku untuk catatan pada hari pertama persekolahan. Untuk murid tahun 1 diminta turut membawa pensil warna. Pastikan semua alat tulis ditulis nama untuk mengelakkan tertukar dgn rakan lain.

6. Waktu murid tahun 2-6 pulang pada minggu pertama adalah pd jam 2.30 petang kecuali pada hari Isnin jam 4.00 petang.

7. Waktu murid tahun 1 pulang bagi minggu pertama adalah pada jam 1.35 tengah hari

8. Murid tahun 1 akan pulang serentak dengan tahun 2-6 pada minggu-minggu berikutnya.

9. Bagi ibu bapa yang belum menjelaskan yuran pendaftaran & persekolahan anak untuk tahun 2019 adalah dinasihatkan membuat bayaran SEGERA.

10. Ibu bapa boleh menyemak nama kelas anak masing masing di e-waris dalam laman sesawang Pusat Pendidikan Hidayah.

11. Susunatur kedudukan kelas adalah seperti gambar yg disertakan.

pelan bangunan srih jb

12. Ibu bapa yang menghantar anak menggunakan kenderaan persendirian diminta parkir dengan berhemah. Elakkan mengganggu lalulintas utama dan kawasan parkir bas sekolah.

13. Semua ibp & murid diminta menggunakan jejantas untuk melintas jalan. DILARANG melintas menggunakan lampu isyarat kecuali bagi yang uzur.

14. Patuhi arahan petugas keselamatan & rela yang menjalankan tugas terutama pada waktu pagi & balik.

15. Kenderaan ibu bapa TIDAK DIBENARKAN masuk ke kawasan sekolah. Hanya kenderaan staf pph yang mempunyai pelekat PPH shj dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.

16. Jadual persekolahan tahun 2-6 akan diedarkan kepada murid-murid pada hari pertama persekolahan.

17. Jadual persekolahan tahun 1 akan diedarkan pada hujung minggu pertama persekolahan.

18. Gotong royong menyusun dan mengelap meja & kerusi kelas serta membersihkan kawasan sekolah akan diadakan pd Sabtu 29/12/18 jam 8.30 pg – 12.30 tgh. Ibp dan anak2 AMAT DIHARAPKAN dapat hadir membantu.

19. Diminta membawa peralatan yang perlu seperti kain buruk & baldi kecil untuk memudahkan tugasan gotong royong.

20. Group Telegram Kelas tahun 2018 akan mula ditutup pada 30/12/18 dan Group Telegram Kelas 2019 akan mula beroperasi mulai 31/12/2018 secara rasmi.

21. Ibu bapa diwajibkan menganggotai Group Telegram Kelas 2019 anak masing masing untuk komunikasi 2 hala.

22. Ibu bapa juga diwajibkan menganggotai Channel Group Telegram Tahun anak masing masing untuk mendapat info rasmi daripada pihak sekolah ( komunikasi 1 hala utk pemakluman info rasmi shj)

Sekian untuk pemakluman dan perhatian tuan/puan. Semoga Allah swt memudahkan urusan tuan/puan juga pihak sekolah dalam membuat persediaan pembukaan sesi persekolahan 2019.

Rohaida Ridzwan
Guru Besar SRIH JB
28/12/2019

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda