SRIH: LAPORAN PERKHEMAHAN NASIONAL UDARA 2018 (PENARA)

srihjb penara 2018

Pada 17 Disember 2018 yang lalu, 72 orang murid dan 5 orang guru Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru telah menyertai PERKHEMAHAN NASIONAL UDARA 2018 ( PENARA).Perkhemahan tersebut telah disertai oleh 1063 orang peserta dari seluruh Malaysia.Rombongan kontinjen SRIH diketuai oleh Leftenan Muda KRSM Tuan Aslam Bin Mohd Hatta.

srihjb penara 2018

 

srihjb penara melaka tkrsm 2018
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan kawad kaki, pertandingan Based, pertandingan METRA, pertandingan memasak, pertandingan OBRACE dan Orienteering, mempelajari mengenai radio amatur, aktiviti bersama Tokoh Nusantara dan aktiviti Seni & Budaya. Selain itu,aktiviti qiyamul lail, bacaan Al-Quran dan Al-mathurat serta solat berjemaah menjadi penekanan utama dalam aktivit perkhemahan ini.

perkhemahan udara srihjb tkrsm 2018
Alhamdulillah, kontinjen SRIHJB telah Berjaya dalam beberapa pertandingan iaitu Naib Johan Kawad Kaki (fatayat), Naib Johan Based (fatayat), tempat ke tiga dalam pertandingan gajet (fatayat), tempat ke 5 menerusi Ahmad Haris Murshidi bin Ahmad Razak dan tempat ke 10 menerusi Nur Izzah binti Mohd Nordalam pertandingan METRA. Dalam acara intergrasi seperti OBRACE, kontinjen SRIHJB telah memenangi Johan menerusi Nurazra Nafisa binti Mohd Azhari dan Naib johan menerusi Maryam Atiqah binti Mohd Jelani dan Husna Hayati binti Halimi.

 

koku tkrsm ikram musleh

ikram musleh penara tkrsm srihjb
Semoga para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang amat berharga sesuai dengan objektif PENARA iaitu dapat memenuhi salah satu aspek kemenjadian murid dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Konstruk kemampuan & kepimpinan IKRAM Musleh.

 

TKRSM SRIHJB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda